Tajaan Makanan Untuk Anak Yatim & Miskin Darul Hanan, Kelab Balkis
Bismillah dan Assalamualaikum.
![]()
Segala puji bagi Allah serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
.
Didoakan Semoga tuan puan semua sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan urusan hidup anda semua pada hari ini.
.
KELAB BALKIS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan pelbagai aktiviti bimbingan serta latihan dakwah dan kebajikan dalam usaha untuk mengembangkan syiar Islam. Kami juga adalah penaung kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Darul Hanan.
.
Program Infaq tajaan pek makanan untuk anak-anak yatim & miskin di bawah seliaan KELAB BALKIS ini adalah untuk mengajak tuan puan agar dapat turut serta membantu kami dalam memberi keceriaan buat anak anak ini.
.
Di Darul Hanan anak-anak perempuan ini diajar berdikari dengan memasak sendiri makanan harian mereka mengikut giliran yang telah ditetapkan, disamping seliaan warden yang turut sama memasak bersama mereka. Secara amnya menu-menu makanan mereka adalah menu biasa seperti di mana-mana asrama.
.
Kami berharap ada hamba-hamba Allah yang pemurah sudi untuk memberikan sedikit keceriaan kepada anak-anak ini dengan menaja makanan yang sedikit "ISTIMEWA" sepertimana yang dirasai oleh anak-anak lain di luar sana.
.
Antara makanan yang anak-anak hajatkan seperti Pizza Hut/Chicken Chop/Ayam Goreng dan pelbagai lagi. Sekurang-kurangnya mereka dapat MERASA MAKANAN sepertimana anak-anak anda semua.
.
Untuk turut serta bersama menjayakan program ini, tuan puan yang budiman boleh salurkan sumbangan ke akaun kami.
.
Jazakumullahu Khairan Kathiran kami ucapkan atas segala sumbangan yang diberikan dan kami mendoakan agar tuan puan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah serta berkat dan sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya.
.
Jom bersama-sama kita hulurkan tangan membantu!.

Terima kasih, semoga kita dapat sama-sama ke Syurga Allah.
.
#InfaqPekMakanan
#SedekahJumaat
#KelabBalkis
#DarulHananYatimMiskin
#MaahadTahfizAlquranAlhilmiyyah
#InfaqPekMakanan
#SedekahJumaat
#KelabBalkis
#DarulHananYatimMiskin
#MaahadTahfizAlquranAlhilmiyyah