INFAQ BANTUAN BANJIR

Bismillah dan Assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
.
Didoakan semoga Allah permudahkan urusan hidup anda semua pada hari ini.
.
Banjir kini melanda semakin banyak kawasan, dan ramai yang memerlukan bantuan kita.
.
Jom bersama-sama kita hulurkan tangan membantu!.
. KELEBIHAN INFAQ/SEDEKAH.
Firman Allah SWT yang bermaksud : " Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Al-Baqarah : 271)
.
DISEBUTKAN DI DALAM HADITH:
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Barangsiapa memudahkan urusan orang yang sedang di dalam kesusahan, nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.
(HR Imam Muslim - No. 2699).
.
KETAHUILAH BAHAWA INFAQ/SEDEKAH TIDAK AKAN MENGURANGKAN HARTA KITA.!
.
KELAB BALKIS berbesar hati mengajak semua untuk turut serta berganding bahu membantu mengikut kemampuan. Sesungguhnya di dalam rezeki kita ada bahagian untuk mereka.
Tidak mampu membantu dengan wang ringgit atau tenaga? Sebarkan usaha murni ini kepada orang ramai.
.
GAMBAR SEKITAR AGIHAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR
INFAQ BANTUAN BANJIR
No. Akaun : 03036010000781
Penama : KELAB BALKIS
Bank : BANK ISLAM
Tulis REF : BANJIR 2024
.
Jazakumullahu khairan diucapkan kepada semua yang turut sama membantu.
Semoga Allah terima amalan ini serta diluaskan lagi rezeki para penyumbang.
.
NOTA:
Sumbangan anda akan digunakan untuk MEMBANTU MANGSA BANJIR yang terjejas dengan musibah banjir 2024.
#infaqbantuanbanjir
#infaqbantuanbanjir2024
#kelabbalkis