MINYAK AROMATERAPI BIDARA AL-HANAN

Ini adalah produk jualan amal bagi
DARUL HANAN, Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin di bawah seliaan KELAB BALKIS.
Minyak ini dihasilkan dengan bau yang harum menyegarkan dan menenangkan. Bauan aromaterapi limau purut dapat menenangkan perasaan/anti stress. Sudah banyak testimoni baik dikongsikan para pengguna.
Kandungan asas minyak ini adalah dari pati Bidara. Pokok Bidara disebut sebanyak 4 kali di dalam al-Quran. Pokok Bidara antara pokok yang tumbuh di dunia dan juga akhirat.
Dalam surah al-Waqiah ayat 28 menggambarkan tentang salah satu daripada anugerah Allah SWT kepada hamba-hambanya di dalam syurga iaitu bersenang senang di bawah POKOK BIDARA YANG TIDAK BERDURI.
Harga sebotol ialah RM20.00. Kandungan minyak 10ML. Sesuai untuk semua peringkat umur.
Antara khasiat dan kelebihannya :
- Melegakan selsema/batuk.
- Melegakan pening/loya.
- Melegakan kembung perut.
- Melegakan angin dalam badan.
- Bau yang meyegarkan.
- Berangin serta wangi.
- Mudah dibawa bermusafir.
- Menstabilkan emosi/anti stress.
Semoga minyak ini memberi manfaat yang baik kepada para penggunanya. Kami mengucapkan jazakumullahu khairan kathiran atas belian amal anda. Belian anda sangat membantu kami dalam meneruskan kerja kerja kebajikan ini. Terima kasih.