INFAQ/SEDEKAH JUMAAT
Bismillah dan Selamat Hari Jumaat buat semua Umat Islam.
.
Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aaali Muhammad.
.
Semoga Allah permudahkan urusan hidup anda semua pada hari ini .
Jom bersama-sama kita berkongsi rezeki dengan ramai lagi orang yang memerlukan dalam #InfaqJumaat
.
Kelebihan Infaq/Sedekah.
.
Firman Allah SWT:
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)
.
Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang-orang yang soleh. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.” (Surah al-Munafiqun: 10-11).
.
Ada disebutkan di dalam Hadith:
.
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud :
"Apabila seseorang daripada kamu berkeadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia lebih dulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini."
Hadith sahih riwayat Imam Ahmad.
.
Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan: "Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain."
.
KETAHUILAH BAHAWA INFAQ/SEDEKAH TIDAK AKAN MENGURANGKAN HARTA KITA.!
Kami ingin mengajak Tuan/Puan untuk bersama-sama berganding bahu membantu insan insan yang memerlukan bantuan kita semua. Sesungguhnya di dalam rezeki kita ada bahagian untuk mereka.
.
GAMBAR KENANGAN SEKITAR MAJLIS AGIHAN SUMBANGAN KEPADA WARGA ASNAF
INFAQ/SEDEQAH JUMAAT
AKUAN : 86-0230452-4
PENAMA : KELAB BALKIS
BANK : CIMB
Tulis REF : InfaqJumaat
.
Jazaakumullaahu Khairan Kathira diucapkan kepada semua yang turut sama bersedekah.
Semoga Allah terima amalan ini dan luaskan lagi rezeki Tuan/Puan sekeluarga!
.
NOTA : - Sumbangan tuan/puan akan digunakan untuk MENYARA 20 orang anak anak Yatim Darul Hanan yang belajar tahfiz percuma di tempat kami. - Kami juga membantu 100 orang warga asnaf dengan mengagihkan 100 kampit beras 5kg, 200 pek gula, 200 pek tepung, 200 pek bihun dan 200 pek minyak untuk mereka pada SETIAP BULAN, InsyaAllah.
.
#infaqjumaat
#SedekahJumaat
#kelabbalkis
#darulhananyatimmiskin