BALM BIDARA PLUS HABBATUSSAUDA' AL-HANAN

Ini adalah produk jualan amal bagi
DARUL HANAN, Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin di bawah seliaan KELAB BALKIS.
Balm Bidara PLUS Habbatussauda' Al-Hanan adalah dari campuran pati Bidara dan Habbatussauda'. Balm ini dihasilkan dengan bau yang harum menyegarkan dan menenangkan. Sudah banyak testimoni baik dikongsikan para pengguna.
Kandungan asas balm ini adalah dari pati Bidara dan Habbatussauda'.
Pokok Bidara disebut sebanyak 4 kali di dalam al-Quran. Pokok Bidara antara pokok yang tumbuh di dunia dan juga akhirat.
Dalam surah al-Waqiah ayat 28 menggambarkan tentang salah satu daripada anugerah Allah SWT kepada hamba-hambanya di dalam syurga iaitu bersenang senang di bawah POKOK BIDARA YANG TIDAK BERDURI.
Manakala Habbatus Sauda’ ada disebut di dalam hadith Nabi SAW. Sabda Nabi SAW:
إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ
Maksudnya: Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda SAW menjawab: “Kematian”.
Riwayat al-Bukhari (5687)
Habbatus Sauda’ mempunyai sifat antikeradangan, antioksidan, antibakteria, antiparasit dan antikulat.
Antara kelebihan balm ini ialah ianya lebih panas. Ia juga berbau wangi dan tidak melekit. Sesuai untuk orang dewasa.
Harga sebotol ialah RM30.00. Kandungan balm 50 gram.
Antara khasiat dan kelebihannya :
- Melegakan selsema/batuk.
- Melegakan pening/loya.
- Melegakan kembung perut dan angin dalam badan.
- Melegakan lenguh-lenguh badan.
- Melegakan masalah gatal kulit.
- Berangin, wangi serta tidak melekit di kulit.
- Mudah dibawa bermusafir.
- Sangat sesuai untuk wanita berpantang.
Semoga balm ini memberi manfaat yang baik kepada para penggunanya. Kami mengucapkan jazakumullahu khairan kathiran atas belian amal anda.
Belian anda sangat membantu kami dalam meneruskan kerja kerja kebajikan ini. Terima kasih.