Infaq Untuk Daurah Pengajian Ilmu Nahu (Ramadhan 2025)

Bismillah dan Assalamualaikum.
Didoakan semoga anda semua dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa.
Seperti yang anda semua maklum bahawa KELAB BALKIS menaungi Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Darul Hanan. Anak-anak jagaan kami di Darul Hanan ini diberi pendidikan tahfiz dan ilmu-ilmu alat lainnya seperti ilmu Nahu. Anak-anak ini ditanggung sepenuhnya pengajian serta makan minum mereka.
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, kami mengadakan Daurah Pengajian Ilmu Nahu kepada anak anak Darul Hanan selama 27 hari yamh dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Razali Bin Abdul Rahman.
Justeru, kempen infaq ini adalah bertujuan untuk menjayakan Daurah Pengajian Nahu untuk anak- anak Darul Hanan. Kami membuka peluang kepada para penderma untuk bersama-sama mencari pahala menyebarkan ilmu. Duit infaq Tuan/Puan akan digunakan untuk kos imbuhan guru serta pengurusan kuliah.
Oleh itu, pihak kami mengajak Tuan/Puan turut serta menjayakan Daurah Pengajian Nahu ini dengan memberi sedikit sumbangan rezeki yang Allah kurniakan kepada Tuan/Puan.
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).
Jazaakumullaahu Khairan Kathira diucapkan kepada semua yang sudi menjayakan Daurah Pengajian Nahu ini..moga diberkati rezeki kita dan dipermudahkan urusan kita.Aamiin.