Kempen Infaq Untuk Menjayakan Kuliah Hadith Online (Bagaimana Berinteraksi Dengan Hadith Fitan)

Bismillah dan Assalamualaikum.
Alhamdulillah semenjak dunia ditimpa Covid-19, Kelab Balkis telah memulakan program pengajian secara online melalui FB rasmi Kelab Balkis dan juga melalui saluran lain seperti zoom meeting dan google meet kepada orang awam.
Pelbagai program yang diadakan adalah seperti Pengajian Tafsir, Pengajian Nahu, Pengajian Hadith, Pengajian Ruqyah, Bacaan Surah Yasin & Doa, Bacaan Surah Al-Kahfi setiap Jumaat dan lain lain lagi.
Kempen infaq ini adalah bertujuan untuk menjayakan kuliah mingguan Ilmu Hadith bertajuk (Bagaimana Berinteraksi Dengan Hadith Fitan) yang disiarkan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia. Duit infaq Tuan/Puan akan digunakan untuk kos pengurusan kuliah.
Kuliah mingguan ini dibuat bagi memberi kemudahan kepada masyarakat untuk menimba ilmu berkenaan Hadith. Disamping itu membuka peluang kepada para penderma untuk bersama sama mencari pahala menyebarkan ilmu sepertimana pahala guru yang mengajarkannya.
Oleh itu, pihak kami mengajak Tuan/Puan turut serta menjayakan kuliah ini dengan memberi sedikit sumbangan rezeki yang Allah kurniakan kepada Tuan/Puan. Sumbangan anda in sha Allah akan dicatat pahala sebagai orang yang menyampaikan dakwah Islam.
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).
Jazaakumullaahu Khairan Kathira diucapkan kepada semua yang sudi menjayakan kuliah ini..moga diberkati rezeki kita dan dipermudahkan urusan kita Aamiin.