INFAQ HARIAN UNTUK DANA PENGURUSAN
بسم الله والحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Assalamualaikum buat para penderma yang budiman.
![]()
Semoga Allah lapangkan dan permudahkan urusan anda semua pada hari ini.
Tujuan Kempen Infaq Harian :
- Mencari dana untuk pengurusan pendidikan serta pengurusan kebajikan anak anak yatim dan asnaf di bawah seliaan KELAB BALKIS.
Dalil Pensyariatan Infaq/Sedekah.
Firman Allah SWT :
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya : " Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Surah Al-Baqarah : 271)
.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang-orang yang soleh. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.” (Surah al-Munafiqun: 10-11).
.
Ada Disebutkan Di Dalam Hadith :
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Dan tidak terbenam matahari melainkan pada dua sudutnya terdapat dua malaikat yang menyeru : 'Ya Allah, berikanlah gantian kepada orang yang menginfakkan (hartanya). Dan berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (kedekut dan bakhil)."
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)
.
KETAHUILAH BAHAWA SEDEKAH TIDAK AKAN MENGURANGKAN HARTA KITA.!
Kami ingin mengajak anda untuk bersama-sama berganding bahu membantu kami mendidik anak anak yatim dan asnaf dibawah seliaan kami dengan menghulurkan sedekah bagi tujuan tersebut.
.
Sesungguhnya di dalam rezeki kita ada bahagian buat mereka.
.
.
Jazakumullahu Khairan diucapkan kepada semua penyumbang. Semoga Allah terima amalan ini dan diluaskan lagi rezeki anda sekeluarga.
.
#infaqharian
#sedekahharian
#kelabbalkis
#darulhananyatimmiskin
#maahadtahfizalquranalhilmiyyah