PROGRAM IHSAN RAMADHAN

PROGRAM IHSAN RAMADHAN

Bismillah dan Assalamualaikum.

????
Segala puji bagi Allah serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
.
Didoakan semoga Allah permudahkan urusan hidup anda semua pada hari ini.
.
Alhamdulillah Allah telah memberikan kita rezeki, kesihatan dan nikmat yang baik. Namun bagi Asnaf suasana hidup mereka jauh berbeza sama sekali dengan kita ditambah lagi dengan kos kehidupan yang tinggi sekarang ini.
.

Cuba bayangkan sekiranya mereka ini adalah emak, ayah dan keluarga kita sendiri. Sanggupkah kita biarkan mereka kesusahan, tiada tempat bergantung dan bersendirian?
.
Sudah pasti TIDAK..!

Sedangkan mereka semua ini adalah saudara kita juga. Alangkah baik jika kita keluarkan sedikit wang ringgit untuk membantu mereke meneruskan kelangsungan hidup.
.
Tidak banyak tuan/puan, sedikit sudah memadai. Bersama-sama kita hulurkan tangan membantu!.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ

" Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara jirannya kelaparan " 
(Hadis riwayat At-Tabrani)
GAMBAR KENANGAN PROGRAM IHSAN RAMADHAN 2024


LATAR BELAKANG PROGRAM
.
PROGRAM IHSAN RAMADHAN ini telah mula dilaksanakan oleh KELAB BALKIS pada tahun 2013. Sehingga tahun 2025 ini kami masih meneruskannya sekadar kebersamaan para penginfaq yang sudi menyalurkan sumbangan demi menjayakan program ini.
.
Untuk pengetahuan tuan/puan, sepanjang kami menjalankan program bantuan ini, rupanya ramai disekeliling kita yang masih susah hidupnya. Hidup mereka susah terutamanya yang masih punya anak anak kecil atau yang OKU. Ibarat kata kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
.
Statistik kemiskinan di negeri Kelantan adalah antara 3 buah negeri yang tertinggi taraf kemiskinannya.  Sejumlah 76,618 orang fakir miskin di Negeri Kelantan.

Oleh itu, KELAB BALKIS mengambil inisiatif untuk sama sama membantu warga Kelantan khususnya dari golongan-golongan asnaf ini di bulan Ramadhan melalui Program Ihsan Ramadhan ini.
.
Melalui infaq anda di dalam Program Ihsan Ramadhan ini, kami akan membeli barangan makanan asas dan akan mengagihkan kepada golongan sasar tidak kira bangsa, agama dan latar belakang.
.

Gambar kenangan tahun 2015 bersama anak anak yatim & miskin Darul Hanan yang menjadi sukarelawan membungkus makanan asas untuk warga asnaf.


Ramadhan tahun ini kami memerlukan dana sebanyak RM6000.00 untuk membantu 120 buah keluarga. Kos satu pek makanan asas sebanyak RM50.00.
..
Kandungan pek makanan asas terdiri daripada :
- Sekampit beras 5kg.
- Gula 2kg.
- Gandum 2kg.
- Garam.
- Serbuk Kopi.
- Serbuk Teh.
- Bihun.
- Sirap Kordial.
- Biskut.



Nabi SAW bersabda :

مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ

Maksudnya: "Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya." 

(Riwayat Muslim)
Jom Infaq Sekarang.!!!



Disclaimer:
Kami adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar secara sah di bawah Undang-undang Kerajaan Malaysia. Aktiviti kami merangkumi kawasan KELANTAN dan juga kawasan pantai timur.
Sebarang persoalan boleh hubungi pegawai kami:
Encik HILMI- 013-9827726




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
PROGRAM IHSAN RAMADHAN (BANTUAN ASNAF)
SEDEKAH RAMADHAN (UNTUK KELAB BALKIS)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Kelab Balkis
kelabbalkis98@gmail.com
+60139827726