Hutang Fidyah Puasa

Hutang Fidyah Puasa

 Apa itu FIDYAH? 


Fidyah ialah denda kepada seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu (dinyatakan dibawah) atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada') semasa bulan Ramadhan.

Apa hukum membayar Fidyah? 

Fidyah WAJIB DITUNAIKAN mengikut bilangan hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan.

Sekiranya tidak ditunaikan, ia dikira sebagai HUTANG kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadhan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Sekiranya anda ada meninggalkan puasa Ramadhan sebelum ini,

Anda wajib membayar Fidyah sekiranya anda terdiri daripada salah satu golongan dibawah;
**Kadar Fidyah RM2.50/Sehari di Kelantan bersamaan secupak beras (675gram)

 Situasi Dikenakan FIDYAH & Qada' Puasa 

  1. Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa kerana lemah & uzur. (Tidak perlu qada' dan kena Fidyah).
  2. Orang sakit namun tiada harapan sembuh. (Tidak perlu qada' dan kena Fidyah).
  3. Orang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka kerana sakitnya. (Perlu qada' dan tak kena Fidyah).
  4. Orang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka dan tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadhan tahun berikutnya. (Perlu qada' dan kena Fidyah).
  5. Orang yang musafir berbuka kerana musafirnya. (Perlu qada' dan tak kena Fidyah).
  6. Orang yang musafir berbuka kerana musafirnya namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadhan tahun berikutnya. (Perlu qada' dan kena Fidyah).
  7. Perempuan yang haid. (Perlu qada' dan tak kena Fidyah).
  8. Perempuan yang haid namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadhan tahun berikutnya. (Perlu qada' dan kena Fidyah).
  9. Perempuan yang hamil atau sedang menyusukan anak namun bimbang akan keselamatan anak yang dikandung atau yang sedang disusukan. (Perlu qada' dan kena Fidyah).
  10. Perempuan yang hamil atau sedang menyusukan anak namun bimbang akan keselamatan dirinya ketika berpuasa. (Perlu qada' dan tak kena Fidyah).
  11. Perempuan yang meninggalkan puasa kerana hamil atau sedang menyusukan anak namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadhan tahun berikutnya. (Perlu qada' dan kena Fidyah).
  12. Orang yang sengaja meninggalkan puasa. (Perlu qada' dan tak kena Fidyah).
  13. Orang yang sengaja meninggalkan puasa namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadhan tahun berikutnya. (Perlu qada' dan kena Fidyah).

Lafaz niat Fidyah 

Inilah Fidyah Puasa Yang Wajib Keatasku Kerana Allah Taala. "


Nota :
Kami juga mengalu-alukan sumbangan dari anda, khususnya sumbangan untuk pengurusan pembelian beras serta pengagihan beras Fidyah anda. Sumbangan pengurusan fidyah anda akan melancar dan memudahkan urusan agihan ini.
Jazakumullahu khairan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
FIDYAH - Bilangan Hari Puasa Yang Ditinggalkan x RM2.50
FIDYAH - (Amaun Lain)
Infaq Pengurusan Fidyah
KEMPEN INFAQ HARIAN UNTUK DANA PENGURUSAN
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan infaq/bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel kelabbalkis98@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
  • Mohon memasukkan perkataan FIDYAH sebagai reference ketika membuat bayaran secara online.
PenamaKELAB BALKIS
No. Akaun86-0230452-4
Buka CIMB Clicks  
PenamaKELAB BALKIS
No. Akaun03036010000781
Buka Bank Islam IB  

PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Kelab Balkis
kelabbalkis98@gmail.com
+60139827726